Azizi Mohamed


Ahmad Azizi bin Mohamed atau lebih dikenali sebagai Azizi (lahir 29 Januari 1976) adalah seorang penyanyi Malaysia dan mula dikenali melalui rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 1 (AF1). Beliau yang berambut lurus paras bahu, cukup dikenali sebagai pelajar yang soft spoken di kalangan bintang Akademi Fantasia Satu. Anak bongsu dari tujuh beradik ini sememangnya amat rapat dengan keluarga. Malah Azizi mengakui sebelum menjadi artis, kehidupannya tetap meriah dan sibuk dengan pelbagai agenda keluarga.